Traditional Goodness You Can Taste, Only at Harmuni Bakery.

Monday, September 17, 2012

Teladan : Belajar Daripada Itik Berenang

 



Mengurus kehidupan bukan semudah a,b,c. Sekiranya timbul masalah atau kekurangan, minda mereka bercelaru, tertekan, dan tidak dapat menyusun kehidupan dengan sebaiknya. Lebih teruk lagi apabila mereka gagal memberi respon yang tepat atas perkara yang sedang mereka alami itu.

Mereka gagal bertenang dan mengawal hidup mereka.

Ada satu teori yang menarik untuk kita renungkan. Cuba renungkan bagaimana seekor itik yang sedang berenang di atas permukaan air. Nampak tenang dan lancar bukan? Semacam tidak apa-apa yang sedang berlaku. Jika sekali pandang, kita akan nampak seolah-olah itik itu sedaang meluncur laju di atas permukaan air.

Walaupun nampak tenang, tapi siapa tahu yang sebenarnya itik tersebut sedang bekerja keras untuk menggerakkan kaki-kakinya untuk terus meluncur dan mara kehadapan membelah arus sungai. Namun, adakah mereka rasa terbenan dengan tindakan mereka? Tidak, kerana mereka suka berenang !

Tenang.

Begitu juga dengan mereka yang berjaya. Dalam menyusun kehidupan seharian yang sibuk dan penuh cabaran, mereka sentiasa bertenang dan cuba mengawal hidup mereka sebaiknya. Walaupun nampak tenang, tapi sebenarnya mereka juga sedang giat mencari jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan yang timbul. Minda dan fikiran mereka bekerja keras. Mereka menganalisa dan mengkaji, merancang dan melaksanakan. Mereka merempuh cabaran yang berliku dengan penuh ketenangan. Adakan mereka rasa terbeban? Tidak juga, kerana bagi mereka itu satu keseronokan seperti itik yang gembira kerana dapat berenang !

Apapun yang berlaku, ingati prinsip itik berenang :)

Weblog Harmuni Bakery, beroperasi :)

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah, akhirnya Harmuni Bakery telah mempunyai laman sesawang yang official. Laman sesawang ini akan digunakan untuk hebahan info, resepi, perkongsian gambar terbaru koleksi Harmuni Bakery selain Facebook Page yang telah sedia ada :)

Buat pengetahuan semua, Harmuni Bakery menerima tempahan kek, biskut, puding & kuih-muih. Selain itu, kami mengadakan kursus untuk pelbagai jenis masakan. Anda semua boleh menghubungi saya di talian 012-952 7622 untuk sebarang pertanyaan. 

InsyaAllah, jika berkesempatan saya juga akan memasukkan beberapa tips motivasi untuk semua. Barulah hidup kita selalu bersemangat dan bermotivasi! Hm..jumpa lagi untuk next posting :)